“ apa nak jadi dengan kau ni angah?
Bergaduh, bergaduh, bergaduh! Kenapa kau degil sangat ? asik menyusahkan aku !,
“marah ibu. Angah hanya diam, “kau tu dah besar. Dahlah SPM corot. Cuba ikot
macam Along dengan Adik. Jadi orang susah sangat nak dengar nasihat orang tua”.
Suara
kali ini sedikit sebak berbaur mara. Angah terus membatu diri. Tiba-tiba dia
melihat ibu bergegas ke biliknya dan mengambil sesuatu apabila tiba dibilik
rotan ditangan. Darahnya berderau. Dia berdoa agar ibu tidak merotannya seperti
selalu. “ sekarang kau bagitahu aku kenapa kau bergaduh dengan anak ketua
kampung? Cakap!
Angah
semakin berdebar-debar sehingga lidahnya tidak berkat. Suaranya
bagaikantersekat. “jadi betullah kamu hendak sangat bergaduh? Kamu nak jadi
macam bapak kau! Sekarang kau rasakan!” angah di rotan berkali-kali kerana ibu
sudah berang.Angah menjerit-jerit kerana kesakitan. “ sakit ibu. Sakit…. Angah
minta maaf, maafkan angah, angah mohon ibu, angah tak salah.. jangan pukul
Angah.” Angah merayu berkali- kali.
Angah
hanya mampu berdoa. Tangisannya tidak mampu ditahan lagi. Tangisan yang bukan
kerana sakit dirotan tetapi kerna dia terpikir tidakkah ibu jemu kerana
merotannya setiap hari, tidakkah ibu menyayangi dia, tidakkah ibu berasa
kesihan kepadanya. Peristiwa yang berlaku sering berlegar-legar dikepalanya.
Mungkin kerana ketua kampung tidak berpuas hati kerana anaknya di tumbuk tadi
lalu dia mengadu kepada ibu. Tapi ibu tidak adil kerana tidak di beri peluang
untuk bersuara. Malah semua kesalahan dilemparkan kepadanya sedangkan si Danial
bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah.
Angah
mengesat sisa air mata yang bertakung. Dia membuka laci lalu dicapainya minyak
panas dan di sapunya pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya itu.
Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih terasa pedih.
Badannya
direbahkan. Matanya cuba di pejamkan namun matanya msih segar. Wajah ibu
menjelma di ruang ingatan. Wajah ibu yang mendamaikan pada suatu ketika dahulu
amat dirindui. Tetapi sejak dia gagal semuanya telah berubah. Dia sedar dirinya
telah mengecewakan ibunya tetapi hatinya terlalu menyayangi ibunya. Dia tidak
mahu menjadi anak derhaka. Akhirnya,dalam melayani perasaan dia terlelap.
Seminggu
selepas itu,….. (bersambung)