Saturday 20 June 2015

ketentuan

apa nak jadi dengan kau ni angah? Bergaduh, bergaduh, bergaduh! Kenapa kau degil sangat ? asik menyusahkan aku !, “marah ibu. Angah hanya diam, “kau tu dah besar. Dahlah SPM corot. Cuba ikot macam Along dengan Adik. Jadi orang susah sangat nak dengar nasihat orang tua”.
                Suara kali ini sedikit sebak berbaur mara. Angah terus membatu diri. Tiba-tiba dia melihat ibu bergegas ke biliknya dan mengambil sesuatu apabila tiba dibilik rotan ditangan. Darahnya berderau. Dia berdoa agar ibu tidak merotannya seperti selalu. “ sekarang kau bagitahu aku kenapa kau bergaduh dengan anak ketua kampung? Cakap!
                Angah semakin berdebar-debar sehingga lidahnya tidak berkat. Suaranya bagaikantersekat. “jadi betullah kamu hendak sangat bergaduh? Kamu nak jadi macam bapak kau! Sekarang kau rasakan!” angah di rotan berkali-kali kerana ibu sudah berang.Angah menjerit-jerit kerana kesakitan. “ sakit ibu. Sakit…. Angah minta maaf, maafkan angah, angah mohon ibu, angah tak salah.. jangan pukul Angah.”  Angah merayu berkali- kali.
                Angah hanya mampu berdoa. Tangisannya tidak mampu ditahan lagi. Tangisan yang bukan kerana sakit dirotan tetapi kerna dia terpikir tidakkah ibu jemu kerana merotannya setiap hari, tidakkah ibu menyayangi dia, tidakkah ibu berasa kesihan kepadanya. Peristiwa yang berlaku sering berlegar-legar dikepalanya. Mungkin kerana ketua kampung tidak berpuas hati kerana anaknya di tumbuk tadi lalu dia mengadu kepada ibu. Tapi ibu tidak adil kerana tidak di beri peluang untuk bersuara. Malah semua kesalahan dilemparkan kepadanya sedangkan si Danial bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah.
                Angah mengesat sisa air mata yang bertakung. Dia membuka laci lalu dicapainya minyak panas dan di sapunya pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya itu. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih terasa pedih.
                Badannya direbahkan. Matanya cuba di pejamkan namun matanya msih segar. Wajah ibu menjelma di ruang ingatan. Wajah ibu yang mendamaikan pada suatu ketika dahulu amat dirindui. Tetapi sejak dia gagal semuanya telah berubah. Dia sedar dirinya telah mengecewakan ibunya tetapi hatinya terlalu menyayangi ibunya. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Akhirnya,dalam melayani perasaan dia terlelap.

                Seminggu selepas itu,….. (bersambung)

No comments:

Post a Comment